Posts

Showing posts from March 30, 2008

WARKAH USTAZ RASUL DAHRI

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ ، وَنَسْتَعِيْنُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُهُ ، مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَسَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . قَالَ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تُمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَازَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَارِجَالاً كَثِيْرًاوَنِسَآءً ا وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوَا اتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا. Mengapakah masyarakat Islam di seluruh...

30 - PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH

PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH Sesungguhnya para Nabi dan para Rasul memulakan dan menyebukkan diri mereka dengan mengajak manusia kepada tauhid. Menyeru mereka untuk beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan semua jenis bid’ah dan kesyirikan. Allah berfirman: وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ اِلاَّ نُوْحِيْ اِلَيْهِ اَنَّهُ لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِيْ. “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku maka sembahlah olehmu akan Aku”. [1] Para Nabi dan para Rasul sentiasa menyebukkan diri mereka untuk mengenalkan umat tentang nama-nama, sifat-sifat serta kekuasaan Allah. Mereka berusaha supaya manusia menuju ke jalan tauhid yang sebenar iaitu hanya menyembah Allah, supaya sekalian manusia tahu bahawa mereka dijadikan adalah untuk beribadah hanya kepada Allah Azza wa-Jalla semata yang tidak boleh disekutukan dengan makhlukNya. Allah berfirman: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ و...

29 - BAHAYANYA AHLI BIDA'AH

BAHAYANYA AHLI BID’AH Para ulama Salaf as-Soleh sentiasa menasihati dan mengingatkan agar orang-orang yang beriman menjauhi Ahli bid’ah. Para a’immah (imam-imam) Salaf as-Soleh seperti para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Masoud, Abi Musa al-Asy’ari, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Aisyah, Asma binti Abi Bakr dan selain mereka. Kemudian selepas mereka seperti Abul ‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, Auzaii, Ayub as-Sakhtiani, Thabin al-Banani, Ibnu ‘Aun, Ibrahim bin Adham, Ibnul Mubarak, Malik, Abi Hanifah, Syafie, Az-Zuhri, As-Syabii dan selain mereka. Diikuti juga oleh Imam Ibnu Taimiyah serta anak muridnya yang semua mereka telah mengharamkan orang-orang beriman dari mempercayai Ahli Bid’ah, memujinya, menyanjungnya dan diharamkan dari bermajlis dengan mereka kerana ada sebuah athar yang mereka gigit dan pegang dengan kuat: مَنْ جَلَسَ صَاحِبَ بِدْعَةٍ نُزِعَت مِنْهُ الْعِصْمَة ، وَوُكِّلَ اِلَى نَفْسِهِ ، وَمَنْ مَشَى ...

28 - SUNNAH LAWANNYA BID'AH

SUNNAH LAWANNYA BID'AH Pencinta bid'ah ( مُبْتَدِعٌ ) tidak dinamakan Ahli Sunnah kerana sunnah berlawanan dengan bid’ah. Ahli Sunnah sentiasa menjauhi perbuatan bid'ah. Syeikh Abdul Rahman As-Su'di berkata: فَاَهْلُ السُّنَّةِ السَّالِمُوْنَ مِنَ الْبِدْعَةِ الَّذِيْنَ تَمَسَّكُوْابِمَاكَانَ عَلَيْهِ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَصْحَابه فِى اْلاُصُوْلِ كُلِّهَا "Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan diri mereka dari bid'ah, mereka benar-benar bepegang dengan apa yang ada (dicontohkan) pada Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat dalam keseluruhan perkara pokok". [1] تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ ، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah RasulNya". [2] Menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, sunnah sentiasa berlawanan d...

27 - PENGERTIAN AL-JAMAAH

PENGERTIAN AL-JAMAAH Al-Jamaah sebagai yang warid menurut pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Makna Jamaah di segi bahasa: Dari kata جمع . Dikatakan: جمع المتفرقة “Menyatukan yang berpecah-belah”. Dan الجماعة ضد الفرقة “Jamaah lawannya berpecah-belah”. [1] Lafaz jamaah terdapat di beberapa hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: يَدُ الله مَعَ الْجَمَاعَة “Tangan Allah bersama Jamaah”. [2] كُلُّهَا فِى النَّارِ اِلاَّ الْجَمَاعَة “Semuanya di neraka kecuali satu iaitu jamaah”. [3] كُلُّهَا فِى النَّار اِلاَّ وَاحِدَة وَهِيَ الْجَمَاعَة. “Semuanya di neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”. [4] Al-Jamaah juga secara bahasa diambil dari kalimah ( الجمع ) al-Jam’u iaitu: Pertama: Al-Jamaah bermaksud: (1). Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai). [5] (2). Bersatu dan lawannya berpecah-belah. (3). Perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama". [6] Kedua: ...

26 - PENGERTIAN SUNNAH

PENGERTIAN SUNNAH 1. Menurut istilah, kalimah sunnah ialah berasal dari: “Sanna - سَنَّ ”. [1] Sunnah menurut bahasa ialah: At-Tariqah ( الطريقة ) “Jalan atau cara” [2] Disebut juga سُنُنه : نَهجه - سُننه – سِننه iaitu manhajnya. [3] Atau sunnah bermaksud sirah ( السيرة ) "Sirah". [4] Disebut dalam kamus “Lisanul Arab” sebagai berikut: اَلسُّنَّةُ هِيَ الطَّرِيْقَهُ ، مَحْمُوْدَةٌ كَانَتْ اَمْ مَذْمُوْمَةٌ. “As-Sunnah: Jalan, sama ada yang terpuji (baik) atau yang keji (buruk)”. [5] 2. Sunnah menurut syara: "Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda tentang akidah dan amal". [6] Atau: "Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka"....

25 - ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah” terdiri dari tiga kalimah iaitu: Ahli, Sunnah dan Al-Jamaah. “Ahli” mengikut bahasa bermaksud: 1. "Pakar, Yang Berilmu, Yang Ahli atau Yang Pandai" sebagaimana firman Allah: فَسْئَلُوْا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ. "Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui". [1] 2. "Pengikut, Anggota Satu-Satu Fahaman Atau Kumpulan”, sebagaimana firman Allah: يَا اَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُوْنَ بِاَيَاتِ اللهِ "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya!". [2] وَاْمُرْ اَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya". [3] Antara contoh yang lain ialah: “Ahli Pertubuhan, Ahli Parlimen, Ahli Mazhab, Ahli Sukan” dan sebagainya. ------------------------------...

25 - AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH Pengistilahan atau laqab “Ahli Sunnah wal-Jamaah” bermula pada akhir zaman sahabat. Ada yang menyatakan ia bermula apabila timbulnya zaman fitnah terutama fitnah yang berlaku antara Ali dan Mu’awiyah radiallahu ‘anhuma. Dimana setelah munculnya golongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Rafidhah [1] atau Syiah, [2] Jahmiyah, [3] Qadariyah dan sebagainya, yang mana mereka terkenal dengan bid’ah-bid’ahnya dan banyak perselisihannya dalam persoalan hadis dan makna-makna al-Quran. Untuk membezakan antara golongan yang sunnah dan bid’ah maka para ulama hadis menentukan siapa Ahli Sunnah dan siapa Ahli Bid’ah agar mudah dan hanya diambil sanad atau matan sesebuah hadis dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja. Berkata Ibn Hazam rahimahullah: “Ahli Sunnah yang kami nyatakan, mereka adalah Ahli Hak dan selain mereka adalah Ahli Bid’ah. (Ahli Hak) adalah para sahabat radiallahu ‘anhum serta sesiapa yang mengikut jalan mereka, terutamanya para tabi’in rahmatullah ‘alaihi...

24 - MENGENALI MANHAJ SALAF

MENGENALI MANHAJ SALAF Untuk mengenal manhaj Salaf as-Soleh secara mudah, ia dapat diringkaskan kepada beberapa bahagian: Pertama: Manhaj Salaf dikenali juga sebagai manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Salafiyah. Manhaj salaf hanya memberi penumpuan kepada al-Quran dan as-Sunnah kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh al-Kitab ini. Firman Allah: مَا فَرَّطْنَا فِى الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ “Tidaklah Kami lupa (tertinggal) suatu apapun di dalam al-Kitab (al-Quran)”. [1] Manhaj ini berbeza dengan aliran bid’ah seperti Tariqat Sufi, Mu’tazilah, Ahli Kalam, Asy’ariyah dan yang seumpamanya. Salafi dan salafiyah hanya mementingkan al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat. Golongan bid’ah pula mencampur-adukkan al-Quran dan as-Sunnah melalui pertimbangan akal atau hawa nafsu. Jika terdapat dalil yang bertentangan dengan akal, mereka menolak dalil tersebut untuk mempertahankan akal. Mereka digelar ‘Aklaniyun “Penyembah Atau Pemuja Akal” , Ahlu al-Ahwa “Penyembah Atau Pemuja Hawa...

23 - PENGGUNAAN KALIMAH SALAF

PENGGUNAAN KALIMAH SALAF Terdapat beratus-ratus kitab yang dihasilkan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam berbagai-bagai bidang keilmuan. Di dalam kitab-kitab tersebut didapati amat banyak sebutan menggunakan istilah atau kalimah seperti: Salaf, Salaf as-Soleh, Generasi salaf atau Salaful Ummah. Sama ada di dalam kitab-kitab tafsir, syarah hadis, fikah (termasuk dalam fikah Hanafi, Maliki, Syafie dan hambali), malah paling banyak disebut sehingga beratus-ratus kali di dalam kitab-kitab akidah. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan bagi sesiapa yang mampu mengkaji kalimah ini di kitab-kitab turath (kitab-kitab hasil tulisan para ulama terdahulu). Malah para ulama terdahulu telah menggunakan kalimah salaf atau istilah ini untuk memerangi bid’ah, ahli bid’ah dan para aktivisnya. Ia diungkapkan dalam kata-kata yang masyhur: وَكُلُّ خَيْرٍ فِى اتِّبَاعِ مَنْ سَلَفَ # وُكُلُّ شَرٍّ فِى اتِّبَاعِ مَنْ خَلَفَ “Dan setiap kebaikan adalah dalam mengikuti orang-orang salaf. Dan setiap kek...

22 - MANHAJ RABBANI

MANHAJ RABBANI Manhaj Salaf as-Soleh adalah manhaj Rabbani. Ini amat jelas kerana para Salaf as-Soleh sentiasa merujuk dan berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis sahih yang berupa wahyu dari Rabb pencipta sekalian alam. Antara bukti yang jelas ialah para Salaf as-Soleh apabila berikhtilaf atau berselisih agar tidak berpecah-belah maka mereka segera kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Amalan ini memenuhi tuntutan al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya: وَمَاخْتَلَفْتُمْ فِيْهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ اِلَى اللهِ “Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah”. [1] Setiap orang beriman yang sedar dan berilmu, ia akan sentiasa meminta kepada Allah Ta’ala agar menjadi golongan salafi. Ini dilakukan juga secara tidak langsung setiap kali bersolat kerana setiap insan yang bersolat sentiasa berdoa (meminta) agar ditunjukki jalan yang hak, atau صراط المستقيم “jalan yang lurus” iaitu jalan, mazhab atau lebih dikenali sebagai man...

Visitor

Online

Related Post