001 - MANHAJ AS-SALAF
MANHAJ AS-SALAF Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan (dongengan) yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair -syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benar-benar dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi geraham oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami, dibela (disokong) dan menjadi mazhab setiap orang-orang yang beriman kepada agama Islam. Dengan memahami manhaj ini, seseorang dapat melaksanakan segala kewajipan yang disyariatkan dengan sempurna. Manhaj Salaf mengajar umat bagaimana meninggalkan segala larangan, mengamalkan segala suruhan, mengikut contoh taulad...